Isnin, 20 Disember 2010

BERAYA DIKAMPUNG HALAMAN

Rindu pada kampung halaman terubat jua apabila tahun ini kami 1family berkesempatan beraya di Sarawak, NAK DIJADIKAN CERITA...JOM IKUTI KISAHKU....hahaha..!!

Hari pertama masih berada di kl lagi,sebelah petangnya kami naik Belon menuju destinasi.Yahoo!!..seronok and happy giler....Perjalanan jauh tidak terasa,tak sabar rasanya nak berjumpa sanak dan saudara. Sesampai saja di kia...kereta sewa dah sedia menunggu..bukan calang-calang beb..so lucky dapat naik dan pandu kereta Persona ( Auto lagi..), walaupun sekadar pinjam..tapi seronok.Tst ajelah kereta sendiri taklah secanggih persona, tapi syukur apa yang ada...kereta lamapun boleh tahan..banyak jasanya dan jauh perjalanannya.Walaupun terkadang meragam.



Destinasi pertama yang kita tuju adalah rumah bapaku.Di sana sanak saudara ramai menunggu,lagi-lagi kan hariraya..Lama tak berjumpa,banyaklah ceritanya...sehingga tak terasa jam berlalu.Destinasi kedua kami tujui ialah ke rumah keluarga mentua,Sesampai di sana suasana tiada bezanya..riuh rendah,bersembang sambil menjamu selera dgn lemang,rendang,aneka biskut dan  kek-kek...Semestinya kek lapis sarawak .

Terasa letih juga..tapi kena teruskan ke destinasi yang seterusnya,Malam itu kami bermalam di rumah kembarku dekat Petra Jaya.Suasana disana tak banyak berbeza...meriah beb!!!.Sejak sampai,banyak persinggahan dan perhentian...'biasalah tu keluarga ramai, banyaklah undangan...'.Hari raya kita beraya juga,banyak rumah kunjungan dan dilawati.Orang tua pula dilupa jangan..lagi-lagi yang telah PERGI mendahului kita..itu yang Utama.Dalam kesibukan beraya dan menjamu selera,tidak lupa bagiku menziarahi pusara ibuku yang telah lama meninggal,begitu juga dgn kedua-dua nenekku yang selama ini menjaga dan membesarkanku..Sayu melihat pusaranya..hanya ALLAH yang maha mengetahui..semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh..Amin..amin.. Alfatihah.








Berziarah dihariraya memang menyeronokan,apatah lagi dekat sarawak suasananya berbeza dgn semenanjung.Dekat sini perayaannya meriah sehingga hari kesepuluh dimana suasana kunjung berkunjung masih berterusan terasa dihariraya pertama...susah nak digambarkan..waima syawal sebulan...meriah..meriah sungguh!!!Anak-anak orang yang paling happy dapat duit raya.Alang-alang dah sampai kat sini tak naklah melepas peluang ronda-ronda.

Balik memang nak bercuti pun ...kami sempat pergi ke pasar serikin,pasar yang terletak di antara sempadan
Sarawak dan Indonesia.Memang menarik bermacam barangan jualan..kalau lemah semangat kempis poket di buatnya...Oii mak datuk panasnya,tapi seronoklah pula.di samping tu dapat juga beli telur penyu.(Makanan kegemaranku) susah nak dapat telur penyu.Perjalanan dari Bandar Kuching nak ke sana taklah jauh sangat,kalau di gambarkan seumpama perjalanan dari batu 9 cheras ke lcct,sepang.

Dalam perjalanan balik kita orang singgah ke kolej Masterskill cawangan Sarawak yang terletak di jalan batu kawa. Tepat jam (Satu) 1.00 petang perut dah bagi signal ...err..lapar? kita singgah di hart chicken,jalan satok...kembar aku yang belanja(Thank you banyak-banyak) seronok tahu.semua berkumpul macam-macam ada..



Bila malam orang lain di buai mimpi ..mata ini tak mengantuklah pula so aku and hubby pergilah ronda-ronda dekat waterfront.Esok lain pula aktivitinya kali ini kami pergi ke santubung mencari "ambal" (Bambo Stick) sejenis makanan laut.Disamping tu cuci-cuci mata,banyak perubahan kat sana..dulu lain sekarang lain...sejuk mata memandang,terpersona melihat pantainya..indahnya santubung.Alang-alang dah meronda,kita ajak bapa dan mak mentua join sekali..bawa dia orang santai and menjamu selera makan Laksa Sarawak.

Diam tak diam masa terlalu cemburu,tinggal beberapa hari nak balik kl.Sekali lagi kami menjamu selera..kali ini kita menjamu selera dikedai Abc Swee Kang yang terletak di jalan haji taha.ABC buatan Swee Kang memang kegemaran aku sejak dulu lagi..bukan saja aku malah semua pengemarnya.Nak tahu kenapa dan mengapa?kerana ianya sedap..rasanya cukup enak.ABC memang terdapat juga dekat kl tapi rasanya berbeza sedikit.Lupa pula..kali ini my sis dengan bapa yang belanja..thank you ya.

Satu je aku terkilan,kali ini my hubby tak sempat nak makan Rojak Kuchai.Bukannya apa..hari tu kan masih hariraya,kedai tak berbuka.Tapi Insyallah..kira ada kesempatan tahun depan...dapat juga makan...cey wah!!!.

Tidak dapat ku ungkapkan dan ku huraikan dengan kata-kata bertapa indahnya negeriku...especially dapat raya ditempat sendiri.(macam burung balik ke sarang).Kini tiba masanya balik ke kl, negeri metropolitan..menjalani kewajiban.Selamat jalan dan selamat tinggal..negeriku,taahun depan,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur akan ku datang lagi.Banyak cerita,berbagai peristiwa....harap jumpa lagi.chowww




















1 ulasan:

  1. Indahnya sungguh beraya di Kampung Halaman..
    Seronok hingga tidak terkata..
    kepada yang tak sempat di lawati jumpa tahun
    depan..Balik jangan tak balik..

    BalasPadam